Entiti yang ku coretkan sambil tahan kentut dalam bus ber-ekon.
Tak punya apa
Ya aku tak punya apa
Tak punya apa
Ya aku ta mampu menjanjikan kereta mewah lagi gagah
datang menjemputmu untuk dibawa
Ta sekaya manusia ke ZARA
Ya aku tahu aku tidak mampu belikan apa yang dipinta
Tidak setampan jantan jawa
Ya mungkin engaku malu untuk berkata kata lalu dipendam seribu bahasa bahawa aku
tidak ubah seperti manusia terbiar ditepian
Tak punya kerajaan sekawah raja
Ya mungkin diharap aku untuk berada diatas untuk punyai kuasa dari
berada di bawah yang hanya punya hak bersuara
Tidak sehebat teman berbuka
Ya mungkin aku bukan lah teman yang seronok untuk dibawa bicara
mungkin aku dianggap hanya lah seorang lelaki yang mahukan kisah cinta menjadi kisah lucah
yang tidak dibakar kedalam cereka
Ya aku sedar aku tidak lah sehebat mereka
Aku tidak laa se-happening mereka
Ya cara hidup kita berbeza
Kita tidak pernah serupa
Engkau sentiasa olehi apa yang kau mahu
Aku sentiasa mencari apa yang aku mahu
Engkau mengharap kan erti aku kepada kamu
Tapi tidak pernah kau erti apa yang aku mahu
Engkau mungkin pinta engkau jadi seperti mana engkau kini
Tidak aku yang hanya berserah melalui hidup yang diberi kepada ilahi
Hinakah untuk jadi aku
Hinakan untuk menjadi semacam aku
Mungkin engaku tidak merasa apa itu susah dah kau hanya peroleh senang
Dan tidak bagi diri aku yang susah itu aku peroleh dah mencari senang itu aku ingin
Dan sekali lagi aku kan ucap tidak aku pinta bergini lemah jijik dan busuk yang hanya mengharap
tanpa ada usaha kepada yang ilahi
Dan sekarang aku paham yang aku tidak punya apa yang hanya begelut dengan jiwa
sambil menulis tentang manusia lalu mendongak ke cermin melihat kelemahan diri sendiri
Dan sekarang aku putus harapan untuk mengharap secebis harapan
Dan sekarang ucapan selamat tinggal akan ku ucapkan untuk dirimu yang hanya tinggal kenangan.
-07/08/10 kuala lumpur kajang beranang-
No comments:
Post a Comment